Sesi Pembentangan dan Town Hall mengenai draf Laporan Akhir Pelan Pembangunan Strategik Daerah Ranau 2040 anjuran bersama Pejabat Daerah Ranau dan Institute for Development Studies (IDS). Sesi tersebut dihadiri oleh Datuk Dr. Ramzah Dambul Ketua Pegawai Eksekutif IDS, Tuan Tinus Bin Manggam Pegawai Daerah Ranau, Ketua Polis Daerah, panel daripada Majlis Daerah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) ketua-ketua jabatan Daerah Ranau, pemimpin-pemimpin masyarakat serta pelbagai agensi yang telibat.
Pembayaran tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Daerah Ranau Tahun 2023 bagi Kawasan Pedalaman Sabah di Dewan SK Pinawantai Ranau. Antara jabatan/agensi yang terlibat menjayakan majlis tersebut ialah Perbendaharaan Malaysia Sabah (PMS), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Daerah Ranau, PDRM dan Rela. Dalam penyerahan tersebut, seramai 35 orang penerima atau RM22,000 jumlah bantuan telah disalurkan.
Mesyuarat Persediaan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau Bil.2 yang dipengerusikan Oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani bersama ketua-ketua jabatan serta agensi yang terlibat.
Mesyuarat pilihanraya bersama Ketua Tempat Mengundi (KTM) Dun N.36 Kundasang
Mesyuarat Perbincangan Berkaitan Isu Cari Gali Mineral di Daerah Ranau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani bersama ketua-ketua jabatan, pemimpin kampung serta pihak syarikat yang terlibat.
Kursus Penanaman Sacha Inci anjuran bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Pejabat Daerah Ranau yang diadakan Pada 11-13 Julai 2023 bertempat di Pusat Kemahiran Masyarakat Ranau. Program tersebut telah dirasmikan oleh Cik Farihah Mohd Jamian Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) mewakili Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani. Seramai 27 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.
Perlawanan bola sepak persahabatan diantara Jabatan Ketua Menteri (hitam) dan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah (biru) di Padang B Kompleks Sukan Ranau yang berkesudahan seri 5-5. Sesi pertukaran cenderahati diantara Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau mewakili Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah dan Tn. Hj. Mohd. Fauzi bin Norbeh Ketua Penolong Setiausaha mewakili Jabatan Ketua Menteri.
Mesyuarat Isu Pencerobohan Tadahan Air Kg Mesilou yang dipengerusikan Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau bersama ketua-ketua jabatan Daerah Ranau yang terlibat serta pemimpin Kg. Mesilou. Mesyuarat memutuskan tanah Jabatan Air di kawasan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan bagi tujuan pewartaan serta penguatkuasaan undang-undang. Lawatan dilakukan ke kawasan terlibat bagi pengesahan lokasi serta penguatkuasaan.
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Ranau (JTPD) yang dipengerusikan Oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani . Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Abidin Madingkir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.38 Paginatan, YB Datuk Jonathan Yassin Ahli Parlimen P.179 Ranau serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Ranau
Mesyuarat Focus Group Daerah Ranau yang dipengerusikan Oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Ranau.
Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Ranau (JTPD) yang dipengerusikan Oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani . Mesyuarat turut dihadiri oleh YB Datuk Abidin Madingkir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.38 Paginatan, YB Datuk Jonathan Yassin Ahli Parlimen P.179 Ranau serta Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Ranau
Mesyuarat Persediaan Sukan Sabah (SAGA) yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani bersama Pegawai KBSS dan penaung pasukan kontinjen Daerah Ranau sempena persediaan Sukan Sabah 2023
Majlis Angkat Sumpah Ahli Ahli Majlis Daerah Ranau Sesi 2023-2025 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri / Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah (KKTP) Merangkap ADUN N.36 Kundasang. Turut Hadir YBhg. Tuan Jupirin Hj. Ruhimin mewakili YB Datuk Seri Panglima Hj. Masidi Bin Manjun Menteri Kewangan Sabah Merangkap ADUN N.37 Karanaan, YB Datuk Isnin Hj. Aliasnih @ Liasnih Pembantu Menteri I KKTP, YB Datuk Haji Mohd Hamsan Bin Awang Supain, Pembantu Menteri II KKTP, YB Datuk Jonathan Yasin Ahli Parlimen P.179 Ranau, YB Datuk Abidin Madingkir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N.38 Paginatan, YBhg. Datuk Jamili Nais SUT KKTP, YBhg. Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau Merangkap Pengerusi Majlis Daerah Ranau, YBrs. Tuan Stanley Chong TSUT I KKTP, YBrs. Puan Faridah Giau TSUT II KKTP, YBrs. Tuan Elmer Endra M. Sator Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Ranau serta ketua-ketua Jabatan yang terlibat. Dalam majlis tersebut seramai 17 Orang Ahli Majlis Daerah Ranau Sesi 2023-2025 telah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah seterusnya menandatangani akuan sumpah di hadapan Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani.
Mesyuarat Pembentangan Laporan Awal Kajian Pelan Pembangunan Strategik Daerah Ranau 2023 yang dipengerusikan oleh Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau. Turut hadir YB Datuk Abidin Madingkir Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri merangkap ADUN N.38 Paginatan, Datuk Amisah Yasin Adun Dilantik, Mantan-mantan SUT, CEO IDS, Ketua-Ketua Jabatan serta PPM.
Mesyuarat mengenai Status Tapak Tanah Tamu KRT Kundasang yang dipengerusikan oleh Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau bersama-sama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Perpaduan Negara, Pengarah Tanah Persekutuan Sabah, Jabatan Tanah Daerah, Majlis Daerah, IPD Ranau, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) bertempat di Kem Wawasan Negara Kundasang.
Mesyuarat yang dipengerusikan Oleh Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau bersama dengan Tuan Mackey Apison Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan rombongan, En. Marcelus Joannes Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), En. Mohd Fadzri Penolong Pegawai Tadbir serta wakil daripada Majlis Daerah Ranau. Perkara utama yang dibincangkan adalah pewujudan "Hentian Budaya" di Daerah Ranau.
Sesi Dialog yang dipengerusikan Oleh Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau bersama-sama dengan Institute for Developement Sabah (IDS), All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM-SDG) dan pelbagai jabatan kerajaan yang mana membincangan pelbagai isu di dalam Daerah Ranau.
Lawatan Pegawai Daerah Tuan Jumain Abdul Ghani bersama-sama Lembaga Sukan Sabah serta agensi terlibat ke Kompleks Sukan Ranau bagi melihat venue pertandingan bagi acara Sukan Memanah sebagai persediaan penganjuran Sukan Sabah (SAGA) Kali Ke-10.
Kunjungan hormat Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah Tuan Ludi Apin dan rombongan kepada Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani. Antara agenda yang dibincangankan adalah mengenai Jawatankuasa Infrastruktur & Pemerkasaan Komuniti Kinabalu Unesco Global Geopark (JKIPK) yang berperanan membincangakan hal ehwal dan isu-isu berkaitan infrastruktur dan pemerkasaan komuniti di dalam Kinabalu Geopark.
Lawatan Pegawai Daerah Tuan Jumain Abdul Ghani bersama-sama dengan Pegawai Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Majlis Daerah di KM141.01 Jalan Kota Kinabalu - Sandakan (Tamalau Point Kg. Sagindai) untuk melihat keadaan jalan raya yang rosak akibat daripada kegiatan ekonomi di kawasan tersebut.
Program TABAH dan Kempen Sayangi Keluarga Daerah Ranau anjuran Kementerian Pembangunan Masyarakat & Kesejahteraan Rakyat , Biro Hal Ehwal Wanita Pemadam, Pejabat Daerah Ranau yang dirasmikan Oleh Yang Berhormat Datuk James Ratib Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah. Turut serta Puan Maria David Edick Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Encik Hasinin Kinsim Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) Merangkap Setiausaha PEMADAM Daerah Ranau, Puan Hajah Haslina Binti Ismail Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Negeri Sabah, Ketua-Ketua Jabatan dan Pemimpin Masyarakat Daerah Ranau. Program TABAH (Tegas Amanah Berani Adil Harmoni) adalah bertujuan untuk mendidik dan memotivasikan masyarakat khususnya ibu bapa supaya membimbing anak-anak mereka menjadi cemerlang dalam pendidikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat betapa pentingnya pendidikan dalam keluarga agar dapat mencegah anak-anak daripada terlibat dengan gejala sosial seperti ketagihan dadah.
Mesyuarat Jawatankuasa Isu Kesesakan Jalan Raya Daerah Ranau yang dipengerusikan Oleh Tuan Jumain Abdul Ghani Pegawai Daerah Ranau. Turut serta En. Hasinin Kinsim Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) serta Agensi/Jabatan Daerah Ranau yang terlibat.
Tinjauan Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani, Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) Encik Hasinin Kinsim, Penolong Jurutera Encik Balzet serta Jabatan/Agensi terlibat ke kawasan yang mengalami tanah runtuh/mendapan tanah di Kg. Lembah Permai, Kundasang Ranau
Lawatan Ybhg Datuk Datu Rosmadi Sulai, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Bersama Pegawai Daerah Ranau, Tuan Jumain Abdul Ghani dan Agensi Terlibat Serta Deligasi Petronas Untuk Melawat Tapak Bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ranau. Tapak Bangunan Berkeluasan 30 Ekar Bersebelahan Kompleks Sukan Ranau. Bangunan Ini Sudah Mencapai 95% Penyiapan Secara Keseluruhan. Dan Dijangka Bangunan Ini Akan Diserahkan Kepada Pihak Kerajaan Sekitar Bulan September Ini.
Lawatan Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan rombongannya ke Daerah Ranau. Lawatan tersebut disambut oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani, Encik Hasinin Kinsim Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran), Puan Farihah Mohd Jamian Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Encik Jupirin Ruhimin Pegawai Eksekutif Majlis Daerah serta kakitangan Pejabat Daerah Ranau. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai lawatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Daerah Ranau pada September nanti.
Penyerahan tugas kepada Encik Marcelus Joannes, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) yang baharu menggantikan Encik Hasinin Kinsim yang dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Pejabat Daerah Ranau. Acara tersebut disaksikan oleh Pegawai Daerah Ranau, Tuan Jumain Abdul Ghani.
Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-15 yang disampaikan oleh Pegawai SPR Tuan Zamri bin Mohd Jalil bagi petugas Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Kerani Pengundian 1 (KP1) Dun N.36 Kundasang, N.37 Karanaan dan N.38 Paginatan. Turut hadir Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani selaku Pegawai Pengurus (RO) dalam taklimat tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Ranau Bil.1/2022. #pdranau #pejabatdaerahranau #PDR #SabahMajuJaya #kplb
Mesyuarat Pelancaran Kempen Pengibaran Jalur Gemilang serentak seluruh Daerah Ranau dan Kempen Kebersihan/Anti Kutu Sampah yang akan diadakan pada 7hb Ogos 2022 bertempat di Pentas terbuka Kundasang. Pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Menteri Kewangan II Merangkap ADUN N.37 KARANAAN. Orang ramai dijemput hadir pada pelancaran tersebut. #pejabatdaerahranau #PDR #pdranau #kplb #SabahMajuJaya
Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah Ranau Bil.1/2022 yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani.
Mesyuarat Kakitangan Pejabat Daerah Ranau Bil.2/2022.
Simbolik mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan Tahun 2022 yang diketuai oleh Pegawai Daerah Ranau bersama Kakitangan Urus setia dan Pejabat Daerah.
Smart Meeting Room Pejabat Daerah Ranau Lawatan rasmi Shire Of Murray - Western Australia bersama JPAN dan KPLB ke Pejabat Daerah Ranau, Kampung Kilimu, Sabah Tea, Kg. Luanti, Ranau dan Nasional Park, Sabah Park Kundasang diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Puan Florencia Padasian #pdranau #SabahMajuJaya #kplb #pejabatdaerahranau
Mesyuarat Focus Group bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Ranau
Mesyuarat Penyelarasan Pilihanraya Peringkat Daerah Ranau yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Ranau Tuan Jumain Abdul Ghani. Mesyuarat dihadiri oleh semua ARO dan Pembantu Pilihanraya kawasan DUN N. 36 Kundasang, N. 37 Karanaaan dan N. 38 Paginatan. #SabahMajuJaya #pejabatdaerahranau #pdranau
Mesyuarat bersama wakil-wakil bank (Maybank, CIMB Bank, Agro Bank, Alliance Bank dan BSN) di daerah Ranau bagi membincangkan sistem E-Lesen yang telah dilancarkan pada 22 Jun 2022 yang merupakan perintis kepada sistem E-Lesen di negeri Sabah. Dengan sistem E-Lesen ini maka salinan ketiga lesen berniaga tidak diperlukan lagi bagi pembukaan akaun bank syarikat. #SabahMajuJaya #pdranau #pejabatdaerahranau
© Hak Cipta @ (JPKN)-BAYU. PEJABAT DAERAH RANAU
Tarikh Akhir Kemas Kini : 26/07/2024 | 10:07 AM
Jumlah Pelawat : 217,227 Orang